GEORGE TOWN, 17 SEPT: Hampir 200 laporan pokok tumbang direkodkan di seluruh Pulau Pinang sejak Ahad lepas ekoran hujan lebat dan angin kencang yang turut menyebabkan beberapa rumah dan kenderaan rosak di sembilan lokasi di negeri itu.
SUNGAI PETANI, 17 SEPT: Seorang lelaki berusia 34 tahun cedera parah di bahagian kepala selepas sebatang pokok kekabu tumbang lalu menghempap rumahnya dalam kejadian di Kampung Nyior, Bukit Selambau dekat sini awal pagi tadi.
KUANTAN, 4 OGOS: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di Lubuk Beriang, Kampung Pagar Sasak, Padang Tengku, Kuala Lipis dekat sini hari ini.
Oleh Zulhusny Zaker SHAH ALAM, 14 JULAI: Mangsa pokok tumbang boleh memohon ganti rugi melalui pihak berkuasa tempatan (PBT). Datuk Bandar Shah Alam berkata mangsa perlu melalui beberapa prosedur antaranya mempunyai bukti bergambar serta laporan polis. Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata...
KANGAR, 23 JUN: Suami isteri parah selepas motosikal ditunggang mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Kampung Padang Benta, Simpang Empat dekat sini pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 18 JUN: Sebatang pokok tumbang di simpang masuk Jalan Bernama di sini pada 9.15 malam ini.
PUTRAJAYA, 4 JUN: Pasukan petugas yang ditubuhkan untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara akan mengadakan mesyuarat pertama bulan ini.
SHAH ALAM, 4 JUN: Sebanyak 1,085 kejadian pokok tumbang direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara untuk tempoh empat bulan tahun ini.
KUALA LUMPUR, 1 JUN: Sebuah rumah di Bandar Baru Sentul di sini mengalami kerosakan pada bahagian bumbung selepas ditimpa pokok tumbang susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam petang tadi.
KUALA LUMPUR, 29 MEI: Sebatang pokok tumbang dan menghempap tiga kereta dalam kejadian di Apartment Sri Kemboja, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, hari ini.
ALOR SETAR, 16 MEI: Dua terperangkap selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Datuk Kumbar di sini petang tadi.
SHAH ALAM, 15 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membelanjakan RM17 juta bagi memotong dan memangkas 1,200 pokok seliaannya yang dikenal pasti berisiko undang bahaya termasuk tumbang.
KUALA LUMPUR, 13 MEI: Kereta peronda polis jenis Proton X70 yang mengiringi kenderaan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof antara 10 kenderaan yang rosak berikutan kejadian pokok tumbang di sekitar ibu kota, susulan hujan lebat petang tadi.
SHAH ALAM, 9 MEI: Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat (KPWKM) sedang meneliti bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada keluarga Md Rizal Atan, yang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Selasa lalu.
SHAH ALAM, 8 MEI: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diarah memangkas pokok tua bagi mengelakkan kejadian di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, semalam, berulang.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Perkhidmatan laluan Monorel kembali beroperasi sepenuhnya pada 5 petang ini dengan kekerapan tren kembali normal kepada tujuh minit di waktu puncak.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Seorang daripada dua individu yang cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini semalam dibenarkan keluar hospital pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Empat stesen monorel ditutup sementara untuk kerja pembersihan dan baik pulih susulan insiden pokok tumbang berhampiran Stesen Monorel Bukit Nanas di sini semalam.
KUALA LUMPUR 7 MEI: Polis telah mengenal pasti seorang lagi mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan, dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 7 MEI: Operasi laluan Monorel mengalami gangguan berikutan kejadian dahan pokok tumbang di atas landasan, berhampiran stesen Monorel Raja Chulan di sini, petang tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.